Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
menjual, menyewakan atau selainnya melupuskan, atau membeli atau menyewa atau selainnya memperoleh milikan, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia,
WJW22/0178 BM.indd 74 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 75
atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian;
(b)
memperoleh seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di dalam atau luar
Malaysia;
(c)
dengan atau di bawah apa-apa dakwaan palsu, pernyataan palsu, atau cara fraud atau perdayaan yang dibuat atau digunakan, sama ada di dalam atau luar Malaysia, membawa masuk atau membantu membawa masuk ke, atau membawa keluar atau membantu membawa keluar dari, Malaysia, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar
Malaysia, atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian;
(d)
membawa masuk ke Malaysia, menerima atau menyorokkan seseorang kanak-kanak dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu telah diperoleh bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain atau bagi maksud lucah, sama ada di dalam atau luar
Malaysia, dan dengan niat hendak membantu maksud itu;
(e)
dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah dibawa masuk ke
Malaysia dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (c) atau telah dijual, disewakan, atau disewa atau dibeli dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan (a), atau dengan melanggar mana-mana undang-undang bertulis lain menerima atau menyorokkan kanak-kanak itu dengan niat bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran sama ada di dalam atau luar Malaysia;
(f)
menahan seseorang kanak-kanak di dalam sesuatu rumah pelacuran bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu;
WJW22/0178 BM.indd 75 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 76
Akta 611
(g)
menahan seseorang kanak-kanak di mana-mana tempat bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu dengan niat supaya kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang atau yang lucah;
(h)
dengan cara apa-apa iklan atau notis lain yang disiarkan mengikut apa-apa cara atau dipamerkan di mana-mana tempat menawarkan seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran atau mendapatkan maklumat bagi maksud itu atau menerima iklan atau notis itu untuk disiarkan atau dipamerkan;
(i)
bertindak sebagai perantara bagi pihak seseorang kanak-kanak atau menjalankan kawalan atau pengaruh ke atas pergerakan seseorang kanak-kanak dengan cara yang menunjukkan bahawa orang itu membantu atau menyubahati atau mengawal pelacuran kanak-kanak itu;
(j)
melanggan atau menyewa, bagi apa-apa balasan berharga, seseorang kanak-kanak untuk memberi perkhidmatan bagi nafsu seks orang itu;
(k)
cuba melakukan apa-apa perbuatan dengan melanggar seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
(aa) dalam hal kesalahan-kesalahan di bawah perenggan (a)
hingga (h) atau perenggan (k), boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun atau kedua-duanya; dan
(bb) dalam hal suatu kesalahan di bawah perenggan (i) atau (j), boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh yang tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada lima belas tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak lebih daripada enam sebatan.
WJW22/0178 BM.indd 76 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 77
(2)
Mana-mana orang yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau kali kemudian—
(a)
di bawah perenggan (1)(a) hingga (g) atau perenggan (1)(k), boleh dihukum sebat tidak lebih daripada sepuluh sebatan; dan
(b)
di bawah perenggan (1)(i) atau (j), hendaklah dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan dan tidak lebih daripada sepuluh sebatan, sebagai tambahan kepada apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan berhubung dengan kesalahan itu.
(3)
Seksyen 173a dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak terpakai berkenaan dengan kesalahan-kesalahan di bawah perenggan (1)(i) dan (j).
Anggapan yang berhubungan dengan seksyen 43