Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
(2)
Mana-mana orang yang tanpa kebenaran atau alasan yang sah menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya seseorang kanak-kanak yang mengenainya milikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga oleh mana-mana orang lain di dalam atau luar
Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), jika mana-mana orang menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya seseorang kanak-kanak tanpa kebenaran atau alasan yang sah, maka kanak-kanak itu hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, dianggapkan seorang kanak-kanak yang berkenaan dengannya milikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga.
(4)
Maka hendaklah menjadi suatu pembelaan dalam mana-mana pendakwaan di bawah seksyen ini jika dibuktikan bahawa—
(a)
pemindahan berlaku dengan tujuan atau menurut suatu perkahwinan atau pengangkatan bona fide; dan
(b)
sekurang-kurangnya seorang daripada ibu atau bapa sebenar kanak-kanak itu atau penjaga kanak-kanak itu ialah suatu pihak yang mengizinkan perkahwinan itu atau yang mengizinkan pengangkatan itu oleh pihak pengangkat itu, dan telah dengan nyata mengizinkan perkahwinan atau pengangkatan yang berkenaan itu.
Pembawaan masuk kanak-kanak melalui dakwaan palsu