Malaysia legislation

Section 4

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 4

Keanggotaan Majlis

(a)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi

Pengerusi;

(b)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau wakilnya;

(c)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan yang hendaklah menjadi

Timbalan Pengerusi;

(d)

Peguam Negara atau wakilnya;

(e)

Ketua Polis Negara atau wakilnya;

(f)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia atau wakilnya;

(g)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri atau wakilnya;

(h)

Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi komunikasi atau wakilnya;

(i)

Ketua Pengarah Kesihatan atau wakilnya;

(j)

Ketua Pengarah Pendidikan atau wakilnya;

(k)

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara atau wakilnya;

WJW22/0178 BM.indd 24 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 25

(l)

Komisioner Jeneral Penjara atau wakilnya;

(m)

Ketua Pengarah Imigresen atau wakilnya;

(n)

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat yang hendaklah menjadi Setiausaha;

(o)

dua orang wakil daripada jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

(p)

seorang wakil kementerian, di Negeri Sabah, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

(q)

seorang wakil kementerian, di Negeri Sarawak, yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan;

(r)

dua orang wakil dalam kalangan kanak-kanak yang hendaklah dilantik oleh Menteri, atas syor Ketua Pengarah

Kebajikan Masyarakat; dan

(s)

tidak lebih daripada lima orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak termasuk mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat mengenai faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan, yang dilantik oleh Menteri.

(2)

Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (1)(r) atau (s) hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula bagi tempoh maksimum dua penggal berturut-turut.

Pembatalan dan peletakan jawatan

Section 4 — AKTA KANAK-KANAK 2001 | mylaw.my