Malaysia legislation

Section 51

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 51

Jika seseorang Pelindung ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak—

(a)

telah dibawa ke dalam Malaysia sama ada—

(i)

selepas dipindahkan bagi balasan berharga; atau

(ii)

melalui fraud, salah nyataan atau apa-apa dakwaan palsu;

(b)

telah dipindahkan kepada jagaan atau kawalan mana-mana orang bagi balasan berharga sama ada di dalam atau luar

Malaysia; atau

(c)

sedang ditahan bertentangan dengan kemahuannya oleh seseorang selain ibu atau bapa atau penjaganya,

WJW22/0178 BM.indd 84 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 85

Pelindung itu boleh—

(aa) menghendaki mana-mana orang yang dalam jagaan atau di bawah kawalannya kanak-kanak itu didapati berada—

(i)

memberinya salinan-salinan fotograf kanak-kanak itu dan orang itu sendiri; dan

(ii)

memberikan jaminan sehingga Pelindung itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu—

(A)

tidak akan meninggalkan kawasan atau Negeri tempat dia berada pada masa itu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis daripada Pelindung itu;

(B)

tidak akan dipindahkan kepada pemeliharaan atau jagaan mana-mana orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan bertulis

Pelindung itu; dan

(C)

akan dikemukakan ke hadapan Pelindung itu bila-bila dikehendaki olehnya; atau

(bb) dari mula lagi, atau jika berlaku keingkaran dalam mematuhi apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (aa), membuat suatu perintah supaya—

(i)

kanak-kanak itu diambil keluar daripada jagaan orang yang dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya kanak-kanak itu berada dan diletakkan di suatu tempat selamat; atau

(ii)

atas apa-apa jaminan dan atas apa-apa syarat yang dikehendaki oleh Pelindung, kanak-kanak itu diletakkan dalam jagaan saudara atau orang lain yang layak dan sesuai, sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.

WJW22/0178 BM.indd 85 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 86

Akta 611

Kesalahan membawa atau menghantar keluar kanak-kanak tanpa keizinan yang sepatutnya orang yang mempunyai jagaan yang sah