Malaysia legislation
Section 56
Seksyen 56
Mana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari sesuatu tempat selamat atau tempat perlindungan tanpa kebenaran yang sah—
(a)
boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana Pelindung atau pegawai polis dan hendaklah dibawa balik ke tempat selamat atau tempat perlindungan itu; dan
(b)
hendaklah diletakkan—
(i)
dalam hal sesuatu tempat selamat, selama apa-apa tempoh yang sama dengan baki tempoh dia diletakkan di tempat selamat itu yang belum habis di bawah perintah yang pada asalnya dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; dan
(ii)
dalam hal sesuatu tempat perlindungan, selama apa-apa tempoh yang sama dengan tempoh dia telah bebas dengan menyalahi undang-undang di luar tempat perlindungan itu dan baki tempoh peletakannya yang belum habis di bawah perintah yang pada asalnya dibuat oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak.
WJW22/0178 BM.indd 89 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 90
Akta 611
Kesalahan memindahkan atau menolong kanak-kanak lepas lari dari tempat atau tempat perlindungan