Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(2)
Seseorang kanak-kanak hendaklah pada lazimnya ditahan dalam jagaan di sesuatu tempat tahanan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah Akta ini dan yang terletak di Negeri yang sama di mana terletaknya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang telah memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan.
(3)
Perintah atau penghakiman yang menurutnya seseorang kanak-kanak dikomitkan ke dalam jagaan di sesuatu tempat tahanan hendaklah—
(a)
diserahkan bersama kanak-kanak itu kepada orang yang menjaga tempat tahanan itu; dan
WJW22/0178 BM.indd 90 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 91
(b)
menjadi kuasa untuk menahannya di tempat tahanan itu mengikut terma perintah atau penghakiman itu.
(4)
Seseorang kanak-kanak semasa ditahan dan semasa dibawa ke dan dari tempat tahanan hendaklah disifatkan berada dalam jagaan yang sah.
(5)
Menteri—
(a)
hendaklah menyebabkan tempat-tempat tahanan diperiksa;
dan
(b)
boleh membuat peraturan-peraturan—
(i)
tentang pengelasan, layanan, pengisian masa dan kawalan kanak-kanak yang ditahan di tempat-tempat tahanan itu; dan
(ii)
untuk mengadakan peruntukan mengenai pelantikan orang yang layak dan sesuai untuk melawat secara berkala kanak-kanak yang ditahan di tempat-tempat tahanan itu.
Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari tempat tahanan