Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Akta 611
(2)
Tiap-tiap mesyuarat Majlis hendaklah dipengerusikan—
(a)
oleh Pengerusi;
(b)
jika Pengerusi tidak hadir, oleh Timbalan Pengerusi; atau
(c)
jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir, oleh seorang anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir dalam kalangan mereka.
(3)
Tujuh orang anggota Majlis termasuk sekurang-kurangnya seorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(r)
hendaklah membentuk kuorum pada apa-apa mesyuarat Majlis.
(4)
Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi, atau Timbalan
Pengerusi atau anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c) jika dia mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(4a)
Majlis boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Majlis bagi maksud menasihati
Majlis tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(4b)
Anggota Majlis dan mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mesyuarat Majlis di bawah subseksyen (4a)
boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh
Menteri.
(5)
Tertakluk pada Akta ini, Majlis boleh menentukan tatacaranya sendiri.
WJW22/0178 BM.indd 26 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 27
Ketetapan tanpa bermesyuarat