Malaysia legislation
Section 64
Seksyen 64
Mana-mana orang yang—
(a)
memindahkan seseorang kanak-kanak dari sesuatu asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah;
(b)
dengan sedar membantu atau mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas lari dari sesuatu asrama akhlak; atau
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang dia kembali ke asrama akhlak itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.