Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
(a)
hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Majlis;
(b)
hendaklah mematuhi dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
(c)
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
(3)
Anggota-anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik dalam kalangan anggota Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
(4)
Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.
WJW22/0178 BM.indd 27 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 611
(5)
Majlis boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(6)
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada pengerusi jawatankuasa itu.
(7)
Majlis boleh, pada bila-bila masa, menghentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
(8)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
(9)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
(10)
Kecuali anggota jawatankuasa yang dilantik dalam kalangan anggota Majlis, mana-mana orang lain yang dilantik sebagai anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pengosongan jawatan