Malaysia legislation
Section 78
Seksyen 78
(2)
Jika waran dibuat di bawah subseksyen (1)—
(a)
baki perintah pemenjaraan kanak-kanak itu yang belum habis itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan; dan
(b)
waran itu ialah kuasa untuk menahan kanak-kanak itu di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini sehingga tarikh perintah pemenjaraannya itu, ditolak apa-apa remitan kerana berkelakuan baik semasa menjalani tempoh pemenjaraannya di penjara, jika tidak kerana seksyen ini, sepatutnya telah habis.
WJW22/0178 BM.indd 103 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 104
Akta 611
(3)
Menteri boleh, pada bila-bila masa atas sebab-sebab yang pada hematnya mencukupi, dengan perintah secara bertulis mengarahkan supaya mana-mana kanak-kanak dipindahkan dari—
(a)
suatu sekolah diluluskan ke mana-mana sekolah diluluskan yang lain atau ke suatu Sekolah Henry Gurney; atau
(b)
suatu Sekolah Henry Gurney ke mana-mana Sekolah Henry
Gurney yang lain atau ke suatu sekolah diluluskan, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Kuasa untuk menggantikan tempoh tahanan dengan tempoh pemenjaraan