Malaysia legislation
Section 79
Seksyen 79
Jika pada hemat mana-mana Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas permohonan orang yang menjaga mana-mana sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney bahawa mana-mana kanak-kanak yang ditahan di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu di bawah Akta ini—
(a)
bersalah kerana melakukan pelanggaran yang serius dan sengaja terhadap kaedah-kaedah sekolah diluluskan atau
Sekolah Henry Gurney itu;
(b)
bersalah kerana menghasut penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu supaya melakukan pelanggaran sedemikian; atau
(c)
tidak dapat diperbaiki perangainya atau membawa pengaruh buruk kepada penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh menggantikan baki tempoh tahanan kanak-kanak itu yang belum habis dengan apa-apa tempoh pemenjaraan yang tidak melebihi baki yang belum habis itu sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah.
WJW22/0178 BM.indd 104 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 105
Pemindahan kanak-kanak dari satu tempat selamat atau tempat perlindungan ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan yang lain