Malaysia legislation

Section 7

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 7

(2)

Sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan dan pelindungan kanak-kanak, yang dilantik oleh Menteri;

(b)

seorang pegawai perubatan; dan

(c)

seorang pegawai kanan polis.

(2a)

Menteri boleh melantik mana-mana anggota yang disebut dalam perenggan (2)(a) untuk menjadi pengerusi sesuatu Pasukan

Pelindungan Kanak-Kanak.

(3)

Sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak hendaklah diselia oleh seorang Pelindung dan hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut serta dari semasa ke semasa mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipannya atau sebagaimana yang diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak untuk memberikan nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan.

Penubuhan Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak