Malaysia legislation

Section 80

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 80

Tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, apabila suatu perintah telah dibuat di bawah Akta ini untuk menahan seseorang kanak-kanak di sesuatu tempat selamat atau tempat perlindungan dan pada hemat Ketua

Pengarah adalah suai manfaat demi kepentingan kanak-kanak itu dia dipindahkan dari tempat selamat atau tempat perlindungan itu ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan yang lain di

Malaysia, maka adalah sah bagi Ketua Pengarah untuk mengeluarkan suatu perintah supaya kanak-kanak itu dipindahkan sedemikian.