Malaysia legislation
Section 83
Seksyen 83
(2)
Apabila seseorang kanak-kanak dipertuduh atas suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan semasa kes sedang berjalan dia mencapai umur lapan belas tahun Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan
Akta ini, terus mendengar pertuduhan terhadap kanak-kanak itu dan boleh—
(a)
menjalankan kuasa di bawah seksyen 76;
(b)
menjalankan kuasa di bawah perenggan 91(1)(a), (b), (c),
(c)
jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan, mengenakan apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
(d)
atau (da); atau
(3)
Apabila suatu kesalahan dilakukan oleh seseorang kanak-kanak tetapi pertuduhan berkenaan dengan kesalahan itu dibuat terhadap kanak-kanak itu selepas dia mencapai umur lapan belas tahun, pertuduhan itu hendaklah didengar oleh suatu
Mahkamah selain Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu boleh menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c).
WJW22/0178 BM.indd 106 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 107
(4)
Sesuatu pertuduhan yang dibuat bersesama terhadap seseorang kanak-kanak dan seseorang yang sudah mencapai umur lapan belas tahun hendaklah didengar oleh suatu Mahkamah selain Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu hendaklah—
(a)
menjalankan berkenaan dengan kanak-kanak itu segala kuasa yang boleh dijalankan di bawah Akta ini oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; dan
(b)
sebelum menjalankan kuasa yang disebut dalam perenggan (a), menimbangkan laporan akhlak.
Tangkapan