Malaysia legislation
Section 84
Seksyen 84
(2)
Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu ditahan di suatu tempat tahanan sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
(3)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa hendaklah menyiasat kes itu dan melainkan jika—
(a)
pertuduhan itu ialah pertuduhan membunuh atau jenayah berat yang lain;
(b)
perlu demi kepentingan kanak-kanak yang ditangkap itu dia diasingkan daripada bergaul dengan mana-mana orang yang tidak diingini; atau
(c)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu ada sebab untuk mempercayai bahawa pelepasan kanak-kanak itu akan mengecewakan matlamat keadilan,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah melepaskan kanak-kanak itu dengan suatu bon, yang disempurnakan oleh ibu, atau bapa atau penjaganya atau orang lain yang bertanggungjawab dengan atau tanpa penjamin, bagi suatu jumlah yang pada pendapat
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu akan memastikan kehadiran kanak-kanak itu apabila pertuduhan itu didengar.
WJW22/0178 BM.indd 108 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 109
(4)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa seseorang pegawai polis untuk melepaskan kanak-kanak yang ditangkap itu atas jaminan mengikut Kanun
Tatacara Jenayah.
Pengasingan kanak-kanak daripada orang dewasa di balai polis, tempat tahanan atau Mahkamah