Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(2)
Seseorang Pelindung—
(a)
hendaklah mempunyai kuasa seorang Majistret berkenaan dengan pengambilan keterangan pada mana-mana siasatan yang diadakan olehnya di bawah Akta ini;
(b)
hendaklah memberi Mahkamah suatu salinan nota keterangan itu apabila diminta berbuat demikian dengan perintah
Mahkamah itu; dan
WJW22/0178 BM.indd 31 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 611
(c)
tidak boleh dipaksa untuk menjawab apa-apa soalan dalam apa-apa prosiding kehakiman tentang alasan-alasan keputusan atau kepercayaannya—
(i)
dalam apa-apa kes yang dikendalikan olehnya di bawah Akta ini; atau
(ii)
tentang apa-apa jua yang sampai kepada pengetahuannya dalam apa-apa siasatan yang dibuat olehnya sebagai Pelindung.
(3)
Tiap-tiap perintah atau saman yang berupa sebagai yang dikeluarkan oleh dan di bawah tandatangan dan meterai Pelindung menurut Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan di mana-mana Mahkamah tanpa bukti lanjut dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalam perintah atau saman itu.
(4)
Segala perbuatan yang dilakukan menurut apa-apa perintah atau saman yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh undang-undang.
Pelantikan Pembantu Pelindung