Malaysia legislation

Section 90

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 90

Tatacara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak

(2)

Kewajipan yang disebut dalam subseksyen (1) boleh dilaksanakan, di bawah pengawasan Mahkamah oleh—

(a)

peguam bela yang bertindak bagi kanak-kanak itu; atau

(b)

mana-mana orang lain yang bertanggungjawab sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah itu.

(3)

Selepas isi kesalahan yang dikatakan itu diterangkan kepada kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah bertanya kepada kanak-kanak itu sama ada dia mengakui fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu.

(4)

Jika kanak-kanak itu mengakui fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah—

(a)

menentukan bahawa kanak-kanak itu memahami sifat dan akibat akuannya; dan

(b)

merekodkan suatu dapatan bersalah.

(5)

Jika kanak-kanak itu tidak mengakui fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah selepas itu mendengar keterangan saksi-saksi bagi menyokong fakta-fakta itu.

(6)

Pada akhir keterangan utama setiap saksi, saksi itu boleh diperiksa balas oleh atau bagi pihak kanak-kanak itu.

(7)

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, kecuali jika kanak-kanak itu diwakili di sisi undang-undang, membenarkan ibu dan bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana saudara atau orang lain yang bertanggungjawab untuk membantu kanak-kanak itu membuat pembelaannya.

(8)

Jika dalam mana-mana kes kanak-kanak itu tidak diwakili di sisi undang-undang atau dibantu dalam membuat pembelaannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (7), dan

WJW22/0178 BM.indd 112 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 113

kanak-kanak itu, tidak mengemukakan soalan dalam pemeriksaan balas tetapi sebaliknya, membuat penegasan, Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak—

(a)

boleh mengemukakan kepada kanak-kanak itu apa-apa soalan yang perlu bagi memperlihatkan, atau menjelaskan apa-apa jua dalam, penegasan kanak-kanak itu; dan

(b)

hendaklah kemudiannya mengemukakan apa-apa soalan kepada saksi itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh

Mahkamah bagi pihak kanak-kanak itu.

(9)

Jika pada hemat Mahkamah suatu kes prima facie telah dibuktikan—

(a)

Mahkamah hendaklah menjelaskan kepada kanak-kanak itu isi keterangan terhadapnya itu dan, khususnya, apa-apa perkara dalam keterangan itu yang begitu meninggalkan kesan buruk terhadapnya atau memerlukan penjelasannya;

(b)

kanak-kanak itu hendaklah dibenarkan—

(i)

memberi keterangan dengan sumpah atau ikrar;

atau

(ii)

membuat apa-apa pernyataan jika dia berhasrat untuk berbuat demikian; dan

(c)

keterangan mana-mana saksi bagi pihak pembela hendaklah didengar.

(10)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mendapati kanak-kanak itu tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan suatu perintah pembebasan.

(11)

Jika—

(a)

suatu dapatan bersalah telah direkodkan; atau

(b)

Mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dibuktikan, kanak-kanak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau orang lain yang bertanggungjawab, jika hadir, hendaklah kemudiannya ditanya jika mereka berhasrat untuk berkata apa-apa jua bagi pengurangan atau peringanan hukuman atau selainnya.

WJW22/0178 BM.indd 113 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 114

Akta 611

(12)

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, sebelum memutuskan bagaimana hendak memperlakukan kanak-kanak itu, mengarahkan pegawai akhlak untuk menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak kepada Mahkamah untuk Mahkamah itu menimbangkan laporan akhlak.

(13)

Laporan akhlak yang disebut dalam subseksyen (12)

hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh pegawai akhlak itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh arahan diberikan oleh

Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kepada pegawai akhlak itu untuk menyediakan dan mengemukakan laporan akhlak itu dan laporan itu—

(a)

hendaklah mengandungi apa-apa maklumat tentang kelakuan kanak-kanak itu pada amnya, suasana di rumahnya, rekod sekolahnya dan riwayat perubatannya yang dapat membolehkan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu menguruskan kes itu demi kepentingan kanak-kanak itu; dan boleh mengemukakan kepada pegawai akhlak itu apa-apa soalan yang berbangkit daripada laporan akhlak itu; dan

(b)

boleh termasuk apa-apa laporan bertulis seseorang Pegawai

Kebajikan Masyarakat, pengamal perubatan berdaftar atau mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak itu sesuai untuk menyediakan suatu laporan mengenai kanak-kanak itu.

(14)

Bagi maksud mendapatkan suatu laporan akhlak, Mahkamah

Bagi Kanak-Kanak boleh dari semasa ke semasa melepaskan kanak-kanak itu atas jaminan atau menahannya di suatu tempat tahanan.

(15)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak telah menimbangkan laporan akhlak itu, Mahkamah itu hendaklah menjelaskan kepada—

(a)

kanak-kanak itu isi mana-mana bahagian laporan itu yang mempunyai kaitan dengan watak atau kelakuannya yang difikirkan oleh Mahkamah itu material dengan cara dia sepatutnya diperlakukan; dan

WJW22/0178 BM.indd 114 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 115

(b)

ibu atau bapa atau penjaga, jika hadir, isi mana-mana bahagian laporan itu yang difikirkan oleh Mahkamah material dengan cara kanak-kanak itu sepatutnya diperlakukan dan yang merujuk kepada watak, kelakuan, suasana di rumah, atau kesihatan kanak-kanak itu.

(16)

Jika kanak-kanak itu atau ibu atau bapa atau penjaganya, selepas dijelaskan kepadanya isi mana-mana bahagian mana-mana laporan akhlak sedemikian di bawah subseksyen (15), berhasrat mengemukakan maklumat mengenai laporan itu, Mahkamah hendaklah, jika difikirkan oleh Mahkamah bahawa maklumat itu material—

(a)

menangguhkan pendengaran itu bagi pengemukaan maklumat lanjut; dan

(b)

jika perlu, menghendaki orang yang membuat laporan itu menghadiri pendengaran itu apabila pendengaran itu disambung semula.

(17)

Sebelum membuat keputusan mengenai perintah yang hendak dikenakan, Mahkamah hendaklah memastikan daripada setiap penasihat pendapatnya dan semua pendapat itu hendaklah direkodkan.

(18)

Selepas merekodkan dan menimbangkan pendapat penasihat-penasihat itu, Mahkamah hendaklah membuat keputusan mengenai perintah yang hendak dikenakan, tetapi dalam berbuat demikian Mahkamah—

(a)

tidaklah terikat untuk mengikut pendapat penasihat-penasihat itu atau mana-mana seorang daripada mereka; dan

(b)

hendaklah merekodkan sebab-sebab Mahkamah itu menentang pendapat itu.

WJW22/0178 BM.indd 115 04/08/2023 3:30 PM

Undang-Undang Malaysia 116

Akta 611

KUASA MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK AKHIR

PADA PERBICARAAN

Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak apabila kesalahan dibuktikan