Malaysia legislation
Section 94
Seksyen 94
(a)
seseorang kanak-kanak dipertuduh di hadapan Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak atas apa-apa kesalahan yang apabila dilakukan—
(i)
suatu denda boleh dikenakan; dan
(ii)
pampasan atau kos atau pampasan dan kos kedua-duanya boleh diawardkan; dan
(b)
Mahkamah itu berpendapat bahawa kes itu boleh diselesaikan sebaik-baiknya dengan mengenakan semua atau mana-mana penalti itu, sama ada dengan atau tanpa apa-apa hukuman lain,
Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya denda yang dikenakan dan pampasan atau kos yang diawardkan itu dibayar oleh ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu dan tidak oleh kanak-kanak itu, melainkan jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu—
(aa) tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah; atau
(bb) telah tidak membantu menyebabkan pelakuan kesalahan itu kerana cuai memelihara kanak-kanak itu dengan sewajarnya.
(2)
Jika—
(a)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpendapat bahawa suatu pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak telah dibuktikan; atau
(b)
seseorang kanak-kanak mengaku fakta yang mewujudkan kesalahan dalam pertuduhan itu,
WJW22/0178 BM.indd 119 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 120
Akta 611
Mahkamah itu boleh membuat suatu perintah menghendaki ibu atau bapa atau penjaga—
(aa) membayar pampasan atau kos; atau
(bb) memberikan jaminan bagi kelakuan baik kanak-kanak itu, tanpa merekodkan suatu dapatan bersalah terhadap kanak-kanak itu.
(3)
Apabila Mahkamah menghendaki ibu atau bapa atau penjaga memberikan jaminan bagi kelakuan baik seseorang kanak-kanak di bawah subseksyen (2), satu atau lebih daripada satu syarat yang disebut dalam subseksyen 93(1) hendaklah dikenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaga itu.
(4)
Jika ibu atau bapa atau penjaga itu tidak mematuhi syarat-syarat jaminan itu, Mahkamah boleh memerintahkan supaya jaminan itu dilucuthakkan.
(5)
Perintah di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat terhadap ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga itu peluang untuk didengar.
(6)
Walau apa pun subseksyen (4), suatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang pegawai akhlak bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
(7)
Apa-apa jumlah wang yang dikenakan dan diperintahkan supaya dibayar oleh ibu atau bapa atau penjaga seseorang kanak-kanak di bawah seksyen ini atau apabila dilucuthakkan apa-apa jaminan sedemikian boleh didapatkan daripada ibu atau bapa atau penjaga itu mengikut cara yang diperuntukkan oleh
Kanun Tatacara Jenayah mengikut cara yang serupa seolah-olah perintah itu telah dibuat kerana ibu atau bapa atau penjaga itu telah disabitkan atas kesalahan yang mengenainya kanak-kanak itu telah dipertuduh.
WJW22/0178 BM.indd 120 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 121
Rayuan