Malaysia legislation

Section 97

of AKTA KANAK-KANAK 2001

Seksyen 97

(2)

Sebagai ganti hukuman mati, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya seseorang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh—

(a)

Yang di-Pertuan Agong jika kesalahan itu dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah

Persekutuan Labuan; atau

(b)

Raja atau Yang di-Pertua Negeri, jika kesalahan itu dilakukan di Negeri itu.

(3)

Jika Mahkamah membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2), orang itu hendaklah, walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini—

(a)

ditahan di penjara itu dan di bawah apa-apa syarat yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau

Yang di-Pertua Negeri; dan

(b)

semasa ditahan sedemikian, disifatkan berada dalam jagaan yang sah.

WJW22/0178 BM.indd 122 04/08/2023 3:30 PM

Kanak-Kanak 123

(4)

Jika seseorang diperintahkan supaya ditahan di penjara di bawah subseksyen (2), Lembaga Hakim Pelawat bagi penjara itu—

(a)

hendaklah mengkaji semula kes orang itu sekurang-kurangnya sekali setahun; dan

(b)

boleh mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri supaya orang itu dilepaskan awal atau ditahan lanjut, dan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri boleh sesudah itu memerintahkan supaya dia dilepaskan atau ditahan lanjut, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bab 3a

PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Perintah khidmat masyarakat