Malaysia legislation
Section 97b
Seksyen 97b
(a)
suatu saman yang menghendaki kanak-kanak itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau
(b)
suatu waran untuk menangkapnya.
(2)
Sesuatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat secara bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.
(3)
Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.
(4)
Seseorang kanak-kanak apabila ditangkap di bawah subseksyen (1) boleh, jika tidak dibawa dengan serta-merta ke hadapan Mahkamah Pengawas di bawah subseksyen (3)—
(a)
ditahan di suatu tempat tahanan; atau
(b)
dilepaskan atas jaminan, dengan atau tanpa penjamin, sehingga suatu masa dia dapat dibawa ke hadapan Mahkamah
Pengawas.
WJW22/0178 BM.indd 125 04/08/2023 3:30 PM
Undang-Undang Malaysia 126
Akta 611
(5)
Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak mematuhi mana-mana kehendak perintah khidmat masyarakat di bawah perenggan 97a(2)(a), (b)
atau (d), Mahkamah itu boleh, tanpa menjejaskan keberterusan perintah khidmat masyarakat itu—
(a)
mengenakan ke atasnya suatu denda tidak melebihi lima ribu ringgit;
(b)
memperlakukan kanak-kanak itu bagi kesalahan yang berkenaan dengannya perintah khidmat masyarakat itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu; atau
(c)
dalam hal kanak-kanak yang tidak melaksanakan khidmat masyarakat bagi bilangan jam secara agregat yang dikenakan ke atasnya dengan sepenuhnya, memerintahkannya untuk melaksanakan khidmat masyarakat bagi baki bilangan jam secara agregat yang tidak habis di bawah perintah yang pada asalnya dikeluarkan oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak selama tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh perintah itu dibuat di bawah perenggan ini.
(6)
Sesuatu denda yang dikenakan di bawah seksyen ini kerana tidak mematuhi mana-mana kehendak suatu perintah khidmat masyarakat hendaklah—
(a)
disifatkan bagi maksud mana-mana undang-undang bertulis sebagai suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan; dan
(b)
diambil kira dalam membuat apa-apa perintah kemudiannya ke atas kanak-kanak itu di bawah seksyen ini atau seksyen 97c.
(7)
Bagi maksud perenggan (6)(a), “suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan” termasuklah apa-apa kos, ganti rugi atau pampasan yang dihukum supaya dibayar atas sesuatu sabitan yang amaunnya ditentukan oleh sabitan itu.
(8)
Seseorang kanak-kanak yang tidak mematuhi perenggan 97a(2)(c) hendaklah diperlakukan di bawah seksyen 97c.
WJW22/0178 BM.indd 126 04/08/2023 3:30 PM
Kanak-Kanak 127
Pelakuan kesalahan selanjutnya