Malaysia legislation
Section 97c
Seksyen 97c
Mahkamah Pengawas boleh mengeluarkan—
(a)
seseorang kanak-kanak telah didapati bersalah oleh
Mahkamah atas suatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu; dan
(b)
kanak-kanak itu telah diperlakukan berkenaan dengan kesalahan itu,
Mahkamah Pengawas itu boleh mengeluarkan—
(aa) suatu saman yang menghendaki kanak-kanak itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau
(bb) suatu waran untuk menangkapnya.
(2)
Suatu waran di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat secara bertulis dan dengan bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.
(3)
Sesuatu saman atau waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak itu supaya hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.
(4)
Jika dibuktikan sehingga Mahkamah Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang mengenai kesnya perintah itu dibuat telah didapati bersalah dan telah diperlakukan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, Mahkamah itu boleh memperlakukannya bagi kesalahan yang kerananya perintah itu dibuat mengikut apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah itu jika
Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu.
Kesan perintah khidmat masyarakat