Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
seorang yang sesuai yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang harta intelek atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek untuk menjadi Ketua
Pengarah; dan
(b)
apa-apa bilangan orang yang perlu untuk menjadi Timbalan
Ketua Pengarah, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Menteri, bagi pentadbiran sepatutnya Akta ini dan Perundangan Harta Intelek, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Perbadanan.
(3)
Timbalan Ketua Pengarah hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah itu boleh melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah di bawah
Akta ini dan Perundangan Harta Intelek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Sekiranya Ketua Pengarah tidak dapat melaksanakan kewajipannya buat sementara kerana sakit atau apa-apa sebab lain, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah itu boleh menghadiri mana-mana mesyuarat Perbadanan atau mana-mana jawatankuasa sebagai penggantinya.
Mesyuarat