Malaysia legislation

Section 15

of AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002

Seksyen 15

Akta 617

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—

(a)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan

(b)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.

(3)

Mana-mana anggota Perbadanan atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Tiada tindakan atau prosiding Perbadanan atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota

Perbadanan atau jawatankuasa telah melanggar peruntukan seksyen ini.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 17

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“anggota keluarga”, berhubung dengan seseorang anggota

Perbadanan atau jawatankuasa, termasuklah—

(i)

suami atau isterinya;

(ii)

ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);

(iii)

anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);

(iv)

adik-beradiknya (termasuk adik-beradik suami atau isterinya); dan

(v)

suami atau isteri anaknya atau adik-beradiknya;

dan

(b)

“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Perbadanan atau jawatankuasa, ertinya—

(i)

mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;

(ii)

mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;

(iii)

pekongsi anggota itu;

(iv)

pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau

(v)

mana-mana perbadanan, mengikut pengertian *Akta

Syarikat 2016 [Akta 777], yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarahnya atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.

*CATATAN—Akta ini telah memansuhkan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]—lihat seksyen 620

Akta 777.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

Minit