Malaysia legislation

Section 17

of AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002

Seksyen 17

Fungsi Perbadanan adalah—

(a)

untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan

Perundangan Harta Intelek ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;

(b)

untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan bagi mentadbir, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah Perundangan Harta Intelek;

(c)

untuk mengawal selia dan mengawasi isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek berhubung dengan

Perundangan Harta Intelek;

(d)

untuk menasihati tentang kajian semula dan mengemaskinikan

Perundangan Harta Intelek;

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 19

(e)

untuk menggalakkan dan meningkatkan latihan dan penyebaran pengetahuan dan maklumat mengenai harta intelek;

(f)

untuk mengadakan, menggalakkan dan menyediakan program kerjasama di peringkat kebangsaan atau antarabangsa mengenai isu atau perkara mengenai harta intelek;

(g)

untuk memelihara kepentingan Malaysia berkenaan dengan mana-mana perjanjian atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi pihak kepadanya, dan hendaklah setakat yang perlu memberikan kuat kuasa kepada mana-mana peruntukan perjanjian atau konvensyen itu;

(h)

untuk menasihati Kerajaan mengenai pembangunan di peringkat antarabangsa mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek;

(i)

untuk menjalankan penyelidikan dan untuk mengkomisikan kajian mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek;

(j)

untuk menasihati Menteri secara am mengenai isu atau perkara yang berhubungan dengan harta intelek; dan

(k)

untuk menjalankan apa-apa kegiatan dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi pentadbiran Perbadanan, atau bagi apa-apa maksud lain, yang selaras dengan Akta ini, yang diarahkan oleh

Menteri.

Kuasa Perbadanan