Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
(2)
Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik dalam kalangan anggota Perbadanan atau mana-mana orang lain yang didapati patut oleh Perbadanan.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia 21
(3)
Perbadanan boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(4)
Anggota sesuatu jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi.
(5)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri, dan pada menjalankan kuasanya jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Perbadanan.
(6)
Anggota sesuatu jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Perbadanan.
(7)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu, tertakluk kepada subseksyen (5).
Pewakilan fungsi atau kuasa Perbadanan