Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(2)
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(3)
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
(4)
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia 23
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira