Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a)
segala wang yang diterima oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada
Kerajaan sebagai ejennya atau bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan kepada mana-mana orang;
(b)
segala wang yang diterima oleh Perbadanan melalui pemberian;
(c)
segala wang yang diperoleh daripada pelupusan, pemajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain tentang, apa-apa harta yang terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Perbadanan;
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 617
(d)
segala wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Perbadanan;
(e)
segala wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah
Akta ini; dan
(f)
segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Perbadanan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang