Malaysia legislation

Section 2

of AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

“ditetapkan”, jika tiada cara penetapan diperuntukkan, ertinya ditetapkan dari semasa ke semasa melalui kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perintah yang disiarkan dalam Warta;

“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada yang sebenar, kontingen atau dijangka;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 11;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 29;

“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, gadaian, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau masa hadapan, yang sebenar atau kontingen, dan sama ada yang kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi harta intelek;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Cap Dagangan, Pendaftar Paten,

Pendaftar Reka Bentuk Perindustrian dan Pendaftar Petunjuk

Geografi di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan;

“Pengawal” ertinya Pengawal Hak Cipta yang dilantik di bawah subseksyen 5(1) Akta Hak Cipta 1987 [Akta 332];

“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 6;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Perundangan Harta Intelek” ertinya perundangan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“rekod” termasuk rekod yang disimpan atau direkodkan dengan menggunakan komputer;

Perbadanan Harta Intelek Malaysia 9

“tarikh letak hak” ertinya tarikh harta, hak dan liabiliti yang ditentukan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1)

yang kepadanya Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal di bawah Perundangan Harta Intelek yang berkenaan, berhak atau tertakluk, berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan;

“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh Akta ini mula berkuat kuasa;

“terletak hak”, berhubung dengan harta, termasuklah mempunyai hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian atau baki.