Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a)
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos lain, dan saraan pekerja Perbadanan, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(b)
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Perbadanan dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(c)
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan bahan, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(d)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
dan
(e)
secara amnya, membayar apa-apa belanja bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran