Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(2)
Sebelum permulaan setiap tahun kewangan, suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun kewangan yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri hendaklah dikemukakan oleh Perbadanan kepada Menteri untuk kelulusannya, dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun kewangan yang berikutnya, memberitahu
Perbadanan tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
(3)
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kewangan dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Pemeliharaan Kumpulan Wang