Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
(2)
Perbadanan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
(3)
Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, atas apa-apa terma yang didapatinya patut—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;
dan
(c)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Perbadanan.
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 617
Peruntukan peletakhakan