Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1)
pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada
Perbadanan dengan hakmilik, estet atau kepentingan yang serupa dan pemegangan yang serupa sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh letak hak itu.
(3)
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau
Pengawal memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(4)
Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Perbadanan atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Perbadanan, Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal memberikan notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(5)
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal berhubung dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh letak hak, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia 11
(6)
Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh letak hak, Perbadanan boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga yang lain mengenai hak dan liabiliti itu.
(7)
Pada dan selepas tarikh letak hak, mana-mana perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau
Pengawal menjadi pihak kepadanya sebaik sebelum tarikh letak hak, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikian jenisnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, Pendaftar atau Pengawal hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Meterai perbadanan