Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA 2002

Seksyen 5

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Harta Intelek

Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi Perbadanan.

(3)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh

Perbadanan dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis.

(4)

Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan itu dan yang disahkan mengikut subseksyen (3) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 617

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana anggota, pekerja atau ejen Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh

Perbadanan bagi maksud itu.

(6)

Meterai perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Keanggotaan Perbadanan

Section 5 — INTELLECTUAL PROPERTY CORPORATION OF MALAYSIA ACT 2002