Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(a)
oleh Lembaga; atau
(b)
dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa syarat Lembaga, oleh pemunya filem.
(2)
Jika apa-apa filem dihantarserahkan kepada pemunya filem itu bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan kepada filem itu di bawah perenggan 10(1)(b), pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu kepada Lembaga—
(a)
dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga; dan
(b)
dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara pengeluaran telah dibuat.
(3)
Pemunya filem yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penyimpanan dan pemulangan filem