Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 19

(2)

Seksyen 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi mana-mana bahan publisiti filem yang dikemukakan kepada Lembaga bagi kelulusannya seolah-olah perkataan “filem” dalam seksyen itu telah digantikan dengan perkataan “bahan publisiti filem”.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 11(2) yang dibaca bersama dengan subseksyen (2) seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

(4)

Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Tanda kelulusan pada bahan publisiti filem