Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 20

(2)

Jika berbilang salinan apa-apa bahan publisiti filem dikemukakan bagi kelulusan Lembaga, maka Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada salinan pertama sahaja dan salinan pendua boleh dibuat daripada salinan pertama itu.

Undang-Undang Malaysia 18

(3)

Mana-mana orang yang menayangkan apa-apa bahan publisiti filem atau mana-mana salinan pendua bahan itu tanpa mempamerkan tanda kelulusan Lembaga berkenaan dengan bahan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.