Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(a)
mana-mana premis telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
Undang-Undang Malaysia 22
(b)
ada di dalam mana-mana premis keterangan yang perlu bagi penjalanan penyiasatan mengenai, pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa kepada Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis yang dinamakan dalam waran itu, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, untuk memasuki premis itu, jika perlu dengan kekerasan.
(2)
Waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh memberi kuasa kepada Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis untuk menggeledah premis itu bagi mencari, dan untuk menyita dan mengalihkan dari premis itu—
(a)
apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah atau disyaki telah dilakukan; dan
(b)
apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(3)
Seseorang Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis yang bertindak di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh—
(a)
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, untuk masuk ke dalam premis itu;
(b)
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (1) atau (2); dan
(c)
menahan tiap-tiap orang yang ditemui di dalam premis itu sehingga tempat itu selesai digeledah.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran