Malaysia legislation

Section 36

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 36

Notis penyitaan

(2)

Senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1) hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penghuni tempat atau premis di mana filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dijumpai.

(3)

Jika penyitaan itu dibuat di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis yang tidak dihuni, Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan dengan ketara suatu senarai benda yang disita itu di tempat atau premis itu.

(4)

Jika apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain disita selain di dalam atau dari mana-mana tempat atau premis, Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis yang membuat penyitaan itu hendaklah memberikan suatu notis bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan penyitaan itu kepada pemunya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita itu dengan menyerahkan suatu salinan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos ke tempat perniagaannya atau kediamannya.

(5)

Notis di bawah subseksyen (4) tidak perlu diberikan jika penyitaan itu dibuat dalam kehadiran atau dengan pengetahuan pemunya itu.

Kuasa penangkapan