Malaysia legislation

Section 39

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 39

(2)

Seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan berhubung dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pegawai Penguat

Kuasa, tetapi dia boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.

(3)

Seseorang yang membuat sesuatu pernyataan di bawah seksyen ini terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.

(4)

Seseorang Pegawai Penguat Kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Undang-Undang Malaysia 26

(5)

Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas—

(a)

pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuat olehnya; dan

(b)

dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.

(6)

Jika orang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan cap ibu jarinya atas pernyataan itu, Pegawai Penguat Kuasa hendaklah mengendorskan pada pernyataan itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.

Pelucuthakan filem, dsb., yang disita