Malaysia legislation

Section 40

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 40

(2)

Suatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah dijalankan.

(3)

Suatu perintah bagi pelucuthakan di bawah subseksyen (2)

hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu merupakan hal perkara bagi atau digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.

(4)

Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini, filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyampaian

Penapisan Filem 27

notis ke alamat yang terakhir diketahui orang yang daripadanya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu disita yang menyatakan bahawa tiada pendakwaan berkenaan dengan filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu,melainkan jika sebelum habis tempoh itu suatu tuntutan baginya telah dibuat mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (5),

(6)

, (7) dan (8).

(5)

Mana-mana orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (4) dan bahawa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu tidak boleh dilucuthakkan boleh memberikan sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis notis bertulis kepada Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis yang dalam milikannya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu dipegang bahawa dia menuntut filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu.

(6)

Apabila notis yang disebut dalam subseksyen (5) diterima,

Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis itu hendaklah merujukkan perkara itu kepada seorang Majistret untuk mendapatkan suatu keputusan.

(7)

Majistret yang kepadanya sesuatu perkara dirujukkan di bawah subseksyen (6) hendaklah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan bahawa dia ialah pemunya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu dan orang yang daripadanya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu disita hadir di hadapan Majistret itu, dan apabila mereka hadir atau apabila mereka tidak hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya,

Majistret hendaklah meneruskan pemeriksaan perkara itu.

(8)

Jika dibuktikan bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disebut dalam subseksyen (7) merupakan hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, maka Majistret hendaklah memerintahkan supaya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian, memerintahkan supaya filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu dilepaskan.

Undang-Undang Malaysia 28

(9)

Mana-mana filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang dilucuthakkan atau disifatkan terlucut hak hendaklah dihantarserahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa atau pegawai polis dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Majistret.

Kos memegang filem, dsb., yang disita