Malaysia legislation

Section 41

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 41

Jika mana-mana filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, kos bagi memegang filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain itu, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.