Malaysia legislation

Section 42

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 42

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa filem, bahan publisiti filem, buku, dokumen atau benda lain yang disita pada menjalankan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

Section 42 — FILM CENSORSHIP ACT 2002 | mylaw.my