Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Bagi maksud segala prosiding di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini—
(a)
seseorang hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai penghuni mana-mana premis, atau pemunya mana-mana kenderaan, vesel atau alat pengangkutan jika dia mempunyai, atau tampaknya mempunyai, penjagaan atau pengurusan premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu;
(b)
jika apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga atau yang berkenaan dengannya suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan dijumpai di dalam mana-mana premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan, maka hendaklah dianggapkan, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa filem atau bahan publisiti filem itu berada di situ dengan pengetahuan penghuni premis, atau pemunya kenderaan, vesel atau alat pengangkutan itu;
(c)
jika apa-apa filem yang belum diluluskan oleh Lembaga dijumpai di dalam mana-mana premis, kenderaan, vesel atau alat pengangkutan, nama dan alamat orang yang dijumpai dalam atau pada mana-mana bahagian filem atau penutupnya hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai nama dan alamat pemunya filem itu yang bercadang untuk menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, menyebarkan, menyewakan atau menjual filem itu.
Penapisan Filem 31
Keputusan di bawah Akta tidak tertakluk kepada rayuan atau kajian semula