Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
Tiada prosiding undang-undang, pendakwaan atau bentuk litigasi lain boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap—
(a)
mana-mana anggota Lembaga;
(b)
mana-mana anggota Jawatankuasa Rayuan;
(c)
Setiausaha atau mana-mana Penolong Setiausaha;
(d)
mana-mana Pegawai Penguat Kuasa; atau
(e)
mana-mana orang yang diambil kerja di pejabat Lembaga atau pejabat Jawatankuasa Rayuan, atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keputusan atau pernyataan yang dilakukan atau dibuat dengan suci hati bagi maksud atau bersampingan dengan pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan peruntukan-peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Tiada tanggungan bagi kehilangan atau kerosakan kepada filem atau bahan publisiti filem