Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 6

(a)

ada dalam milikannya atau dalam jagaannya atau di bawah kawalannya; atau

(b)

menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluarkan, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau

(b)

berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

(3)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana filem atau bahan publisiti filem yang berkenaan dengannya suatu perakuan pengecualian telah dikeluarkan di bawah subseksyen 8(3) selagi mana-mana syarat yang tertakluk kepadanya perakuan itu dikeluarkan dipatuhi.

Penahanan filem dan bahan publisiti filem yang diimport