Malaysia legislation

Section 7

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 7

(2)

Mana-mana filem atau bahan publisiti filem yang ditahan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dilepaskan melainkan jika suatu permit atau suatu perakuan pengecualian yang dikeluarkan di bawah seksyen 8 berkenaan dengan filem atau bahan publisiti filem itu dikemukakan kepada seorang pegawai kastam yang hak yang mempunyai kawalan ke atas filem atau bahan itu.

(3)

Mana-mana orang yang, tanpa suatu permit atau suatu perakuan pengecualian yang dikeluarkan di bawah seksyen 8, mengalihkan atau menyebabkan dialihkan daripada kawalan mana-mana pegawai kastam yang hak apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang telah diimport ke dalam Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Permit, dsb., bagi maksud seksyen 7