Malaysia legislation

Section 8

of AKTA PENAPISAN FILEM 2002

Seksyen 8

Undang-Undang Malaysia 12

(2)

Sesuatu permit yang dikeluarkan oleh Lembaga—

(a)

hendaklah sah hanya selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam permit itu; dan

(b)

hendaklah menyatakan masa dan tempat bagi pengemukaan filem atau bahan publisiti filem itu untuk penapisan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan pengecualian bagi maksud seksyen 7 berkenaan dengan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang diimport ke dalam Malaysia—

(a)

yang pemunyanya tidak bermaksud untuk menayangkannya di Malaysia, jika pemunya itu telah memberitahu Lembaga secara bertulis bahawa dia tidak bermaksud untuk menayangkan filem atau bahan publisiti filem itu di

Malaysia atau membenarkan tayangannya di Malaysia, dan sudah memberi Lembaga perihalan penuh tentang filem atau bahan publisiti filem itu;

(b)

yang Lembaga berpuas hati adalah dimaksudkan bagi kegunaan peribadi; atau

Penapisan Filem 13

(c)

jika filem itu telah dibuat atau dikeluarkan di Malaysia oleh suatu perbadanan atau syarikat tempatan atau asing dengan tujuan untuk pengedaran ke seluruh dunia, selain

Malaysia, jika permohonan dibuat oleh pemunya itu mengikut cara yang ditetapkan.

(4)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), kuasa Lembaga untuk mengeluarkan permit atau perakuan pengecualian di bawah seksyen ini termasuklah kuasa untuk mengenakan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya permit atau perakuan itu dikeluarkan.

Pengemukaan filem untuk penapisan