Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Penggantungan atau pembatalan lesen
(2)
Datuk Bandar tidak boleh menggantung atau membatalkan sesuatu lesen melainkan jika pemegang lesen telah diberi peluang untuk didengar.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
(3)
Datuk Bandar hendaklah memberitahu pemegang lesen sesuatu hotel berlesen tentang penggantungan atau pembatalan lesennya—
(a)
dengan menampalkan suatu salinan notis itu di tempat yang mudah dilihat di premis hotel berlesen itu;
(b)
dengan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada orang yang mengurus dan mengawal hotel berlesen itu; atau
(c)
dengan menyampaikan suatu salinan notis kepada pemegang lesen sendiri jika pemegang lesen itu bukan orang yang disebut dalam perenggan (b).
(4)
Mana-mana orang yang mengendalikan atau menguruskan sesuatu hotel semasa tempoh lesen yang diberikan berkenaan dengan hotel itu telah digantung, melakukan suatu kesalahan.
Rayuan