Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA HOTEL (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2003

Seksyen 15

Penggeledahan dengan waran

(2)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, di dalam premis yang dimasuki di bawah subseksyen (1), memeriksa—

(a)

apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data berkomputer, yang mengandungi atau yang semunasabahnya disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan; dan

(b)

apa-apa tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, dokumen, butiran, benda atau barang yang semunasabahnya

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 626

dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu, dan boleh menyita mana-mana buku, akaun, dokumen atau data itu atau apa-apa salinan buku, akaun, dokumen atau data itu atau mana-mana tanda, papan tanda, kad, surat, risalah, butiran, benda atau barang itu.

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya adalah semunasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat kesalahan itu, memeriksa mana-mana orang yang berada dalam atau di premis itu.

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (3) boleh menyita atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.

(5)

Jika, oleh sebab sifat, saiz atau jumlahnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, benda atau barang itu dalam premis atau bekas di mana barang itu dijumpai.

(6)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5)

atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, benda atau barang yang dilak atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan.

Penggeledahan tanpa waran

Section 15 — HOTELS (FEDERAL TERRITORY OF KUALA LUMPUR) ACT 2003