Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Kuasa untuk menutup hotel
(a)
telah berlaku pelanggaran mana-mana syarat atau sekatan lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini; dan
(b)
penutupan itu perlu bagi kepentingan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan.
(2)
Datuk Bandar atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh menutup mana-mana hotel jika dia berpuas hati bahawa hotel itu beroperasi tanpa lesen yang sah.
(3)
Datuk Bandar boleh mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2) kepada suatu jawatankuasa yang dilantik olehnya.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 626
(4)
Jawatankuasa yang dilantik di bawah subseksyen (3) tidak boleh menjalankan kuasa untuk menutup mana-mana hotel di bawah subseksyen (1) dan (2) kecuali dengan keputusan majoriti jawatankuasa itu.
(5)
Jika suatu hotel berlesen ditutup di bawah subseksyen (1), lesen yang dengannya hotel itu beroperasi hendaklah disifatkan digantung dalam tempoh penutupan itu dan subseksyen 12(4)
hendaklah terpakai.
(6)
Semasa tempoh penutupan, pemegang lesen hotel berlesen itu hendaklah mengambil langkah untuk memastikan bahawa semua syarat dan sekatan lesen dan peruntukan Akta ini dipatuhi.
(7)
Jika sehingga akhir tempoh penutupan pemegang lesen masih gagal untuk mematuhi mana-mana syarat atau sekatan lesen itu atau mana-mana peruntukan Akta ini, maka lesennya hendaklah dibatalkan.
Kuasa untuk masuk